DISKRIPSI

ikut-ikutan

Showing posts with label aktiviti. Show all posts
Showing posts with label aktiviti. Show all posts

Friday, 8 March 2013

Aktiviti untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang positif dalam bilik darjah.




Aktiviti belajar sambil bermain

BLIND BUDDY RELAY

Objektif : kerjasama dan kerja berpasukan
Peralatan : kerusi, tali skipping
Tempat : kelas / luar kelas

Cara bermain :

1. Bahagikan pelajar kepad dua kumpulan, setiap kumpulan lantik seorang wakil menjadi ‘ Si Buta’. Pelajar lain berbaris diuar kawasan permainan.

2.Si buta yang ditutup mata perlu mengharungi semua halangan di 3 checkpoint dengan mendengar arahan dari seorang wakil ahli sepasukan.Ahli   pasukan tersebut  tidak boleh menyentuh Si buta dan mesti duduk bersama ahli pasukan yang lain.


3. Si buta perlu menyelesaikan setiap halangan di checkpoint.

4. Apabila Si buta Berjaya menyudahkan tugasan di ketiga-tiga checkpoint, kembali ke permulaan dan diganti dengan ahli pasukan yang baru menjadi Si buta.

5. Ahli pasukan yang terakhir menjadi Si buta akan diserahkan tugasan berkumpulan. Setiap kumpulan perlu menyelesaikan tugasan dan  berbincang.

# checkpoint
1.kerusi  + skipping (5X)
2. Kerusi + aeroplane pusing ( 5X)
3. Kerusi + susun tin







DRAWING CHAIN

Objektif : kreativiti dan kerjasama
Peralatan : kertas A4 dan whiteboard maker
Tempat : kelas

Cara bermain:

1. Pelajar dibahagikan kepada dua atau tiga kumpulan. Permainan akan dimulakan oleh kumpulan pertama.

2. Setiap ahli kumpulan berbaris dalam satu barisan dan dibekalkan kertas A4 dan  whiteboard maker kecuali ahli yang terakhir.

3. Ahli kumpulan yang pertama di dalam barisan melihat klu yang ditunjukan oleh seorang wakil dari pasukan lain dan dikehendaki melukis dalam masa 50 saat. Ahli lain didalam barisan dilarang  untuk melihat klu tersebut.

4. Hasil lukisan permain pertama ditunjukkan kepada pemain kedua.Pemain kedua diberikan masa 50 saat untuk melukis kembali lukisan pemain pertama.

5. Setiap kali ahli melihat lukisan pemain sebelumnya, ahli di belakang tidak boleh melihat lukisan tersebut.

6. Langkah 4 diulang sehingga pemain kedua terakhir. Pemain terakhir perlu meneka lukisan yang dilukis oleh pemain kedua terakhir.

7. Kumpulan yang betul diberikan hadiah dan kumpulan yang gagal dikenakan denda.







Sunday, 3 March 2013

aktiviti untuk pelajar yang tidak dengar arahan guru


AKTIVITI MENARIK DALAM BILIK DARJAH
“ish ish .. apa nak jadi dengan kelas ini”, keluh cikgu Daniel setiap kali masuk kelas 3 Mesra. “murid-murid ,sila duduk di tempat masing-masing”,arah cikgu Daniel. Semua murid tidak mengendahkan arahan cikgu Daniel. Cikgu Daniel terus memulakan pengajaran pada waktu itu tanpa mempedulikan murid-murid yang masih berkeliaran dalam bilik darjahnya. Apabila sesi penagajaran tamat, cikgu Daniel terus meninggalkan kelas tanpa mempedulikan murid-murid yang masih leka dengan hal masing-masing. Apa yang sepatutnya dibuat oleh cikgu Daniel dalam hal ini? Jom kita lihat apa yang berlaku.