DISKRIPSI

ikut-ikutan

Sunday 3 March 2013

aktiviti untuk pelajar yang tidak dengar arahan guru


AKTIVITI MENARIK DALAM BILIK DARJAH
“ish ish .. apa nak jadi dengan kelas ini”, keluh cikgu Daniel setiap kali masuk kelas 3 Mesra. “murid-murid ,sila duduk di tempat masing-masing”,arah cikgu Daniel. Semua murid tidak mengendahkan arahan cikgu Daniel. Cikgu Daniel terus memulakan pengajaran pada waktu itu tanpa mempedulikan murid-murid yang masih berkeliaran dalam bilik darjahnya. Apabila sesi penagajaran tamat, cikgu Daniel terus meninggalkan kelas tanpa mempedulikan murid-murid yang masih leka dengan hal masing-masing. Apa yang sepatutnya dibuat oleh cikgu Daniel dalam hal ini? Jom kita lihat apa yang berlaku.
Dalam situasi Cikgu Daniel, apabila keadaan pelajar tidak berminat untuk menghadapi proses pelajaran dan pembelajaran, Cikgu Daniel perlu mengamalkan budaya penyayang agar murid-murid berasa diri mereka diberi perhatian. Selain itu, Cikgu Daniel juga perlu memastikan proses p&p menarik dan seronok.
Pada pendapat saya, sekiranya menghadapi masalah seperti yang dihadapi oleh cikgu Daniel, guru mestilah menggunakan strategi berpusatkan murid. Hal ini bertujuan agar murid-murid dapat memberi komitmen semasa proses pelajaran dan pembelajaran. Sekiranya seorang guru menghadapi kerenah murid yang suka berjalan-jalan dan tidak menghiraukan apa yang diajar oleh guru, guru hendaklah mengajar dengan mengikut cara mereka. Aktiviti  yang guru boleh jalankan untuk murid-murid seperti ini ialah dengan belajar sambil melakukan aktiviti di sekitar sekolah.
Aktiviti ini boleh dikatakan seperti permainan explorace.  Bezanya, setiap check point mempunyai langkah pengajaran berdasarkan tajuk yang dipelajari pada hari tersebut. Guru perlu menyediakan beberapa check point dan di setiapnya mempunyai isi pelajaran dan aktiviti yang berbeza. Kesannya, murid-murid akan menjadi aktif dan tidak berasa bosan dengan hanya berpusatkan guru.


7 comments:

  1. Assalamualaikum...bgus2...bole d apply ni..

    ReplyDelete
  2. salam,,,menurut saya,,,apa kata tunjukkan kepada lect tentang aktiviti terlebih dahulu,,,sebab kump kami dah prnah buat mcm ni,,,tp tidak diterima oleh lect,,,mohon maaf jika komen ni mengganggu,,sama2 kita perbaiki :)

    ReplyDelete
  3. As salam...wow...idea yg menarik...rasenye aktiviti ni mmrlukan kawalan yg teliti...sbb nk kene brgerak dri check poin ke check point...ape pon tahniah...hehehe (y)

    ReplyDelete
  4. muslimah : pendapat kami, ia bergantung kepada keadaan pelajar. jika dilihat dari masalah diatas,amat sesuailah ia ..
    jamri johan : perlu diterapkan lagi budaya islam dalam apa2 juga subjek pembelajaran .

    ReplyDelete
  5. salam, xtiviti ini sgt menyeronokkan... tapi mungkun ia memerlukan masa yg pnjg dan perncngn yg teliti...

    ReplyDelete
  6. saya rasa aktiviti ini sesuai pada waktu 1 jam. sebab kalau buat berpusatkan guru di kelas selama 1 jam, murid mungkin tidur. lg[n, aktiviti ini sesuai dgn situasi yg dinyatakan pada soalan yg diberikan.

    ReplyDelete