DISKRIPSI

ikut-ikutan

Saturday 9 March 2013

Pengurusan Bilik Darjah ??? hmmm? ap ea?



Bilik Darjah ?? Pengurusan ? Classroom management ? ap itu?
jom kita sama2 membacanya ...hehe
seorang guru pada peringkat permulaan dia mengajar , dia perlu memahami bahawa tugas dan cabaran di setiap sekolah dan setiap bilik darjah adalah berbeza. Bilik Darjah merupakan satu tempat yang kompleks dan mempunyai banyak tuntutan.

Cara seseorang guru menguruskan bilik darjahnya menunujukkan kepercayaan serta keyakinannya terhadap kandungan yang hendak disampaikan kepada muridnya. Pengurusan bilik darjah yang berkesan akan membawa kepada pengajaran yang berkesan. 

Pengurusan dan pengajaran bilik darjah adalah dua perkara yang saling melengkapi. Ramai yang beranggapan bahawa ia adalah dua perkara yang berlainan. 2 perkara ini boleh dijalankan dalam satu masa sekali gus. ia juga bergantung kepada kemahiran dan kreativiti guru tersebut. 

Jika dilihat dalam perkara ini, ramai-ramai tokoh telah mentafsir maksud pengurusan bilik darjah. 
             Richard (1990) mentafsirkan pengurusan bilik darjah sebagai organisasi dan kawalan guru ke atas tingkah laku,pergerakan serta interaksi muird semasa pembelajaran berlangsung supaya pengajaran dapat dilaksanakan dengan dengan berkesan.
     
              Menurut Alberto & Troutman (1986),pengurusan bilik darjah boleh didefinisikan sebagai kemahiran guru menguruskan masa,ruang,sumber pembelajaran,peranan dan tingkah laku murid dalam menyediakan suatu iklim yang sesuai untuk pembelajaran. 

             Menurut Lemlech (1988) : 

  • PBD sebagai orkestra dalam kehidupan di bilik darjah yang memerlukan pembentukan kurikulum, penyelenggaraan prosedur dan sumber pengajaran.
  • Beliau menekankan kepentingan dalam penyususnan fizikal bilik dark]jah bagi memaksimumkan keberkesanan, pemantauan perkembangan murid serta tanggungjawab guru dalam berfikir jalan penyelesaian kepada masalah-masalah yang bakal timbul.

jadi PBD ialah bertujuan untuk mengurus dan mengatur bilik darjah semasa P&P sedang berlangsung. 

No comments:

Post a Comment